'Suara terkuat pembangkang dalam sejarah demokrasi negara'

Iklan
Syazni Munir

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan suara 108 ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat merupakan 'suara terkuat' pernah dicatatkan dalam sejarah demokrasi negara.

Ketua Pemuda Amanah Nasional, Syazni Munir Mohd Ithnin berkata, kekuatan itu tidak seharusnya dipersiakan sebaliknya perlu diurus dengan baik melalui meja rundingan menuju Pilihan Raya Umum ke-15.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pembangkang hari ini juga perlu sedar bahawa mereka akan kekal kuat dan berpotensi untuk memenangi semula hati rakyat dengan bersatu-padu dan bekerjasama.

"Dengan seluruh kecelaruan dasar kerajaan Perikatan Nasional yang hanya fokus memberikan laba politik kepada ahli-ahli Parlimen mereka dalam mengekalkan sokongan yang tipis, pembangkang perlu lebih kukuh menyemak dan imbang seluruh perjalanan kerajaan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2021 lulus, PN lepasi ujian getir

Pembangkang gagal tumbangkan kerajaan PN

Iklan

Pembangkang berjuang habis-habisan tolak Belanjawan 2021

"Malah lebih jauh, pembangkang sudah boleh bermula dengan cadangan formula agihan kerusi sebagai persediaan Pilihan Raya Umum akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, perbincangan mungkin tidak harus bersifat 'rigid' dan tertutup, namun kesediaan semua parti di blok pembangkang untuk berunding dan bertolak-ansur pastinya menjadi permulaan baik dalam membentuk gabungan besar yang lebih kukuh.