Polis nafi Subang Jaya tak selamat dikunjungi

Iklan
WhatsApp Image 2018-11-27 at 11.08.47 PM


SUBANG JAYA - Polis menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengatakan kawasan Subang Jaya kini tidak selamat dikunjungi.

Menerusi status dimuat naik dalam akaun Facebook rasmi Polis Daerah Subang Jaya, pasukan keselamatan itu turut menafikan kandungan pesanan suara berhubung perkara itu yang tular di media sosial ketika ini.

"Ketua Polis Daerah Subang Jaya menafikan voice message (pesanan suara) yang sedang tular di media sosial mengatakan Subang Jaya tidak selamat untuk dikunjungi pada masa sekarang.

"Situasi sebenar di Subang Jaya adalah tenang, selamat dan terkawal,” tulisnya dalam kenyataan itu.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan keadaan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights di sini, setakat jam 9.15 malam tadi kelihatan aman dan tenang tanpa sebarang provokasi dari mana-mana pihak.

Tinjauan Sinar Harian mendapati beberapa trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempatkan di hadapan kuil.

Polis turut menutup beberapa laluan masuk dan menghalang kenderaan melaluinya.

Tinjauan juga mendapati tidak begitu ramai masyarakat India berkumpul di hadapan kuil pada malam ini.

[ARTIKEL BERKAITAN:[http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/keadaan-di-kuil-tenang-tiada-orang-berhimpun-1.909445]

[ARTIKEL BERKAITAN:[http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/sejam-padam-kebakaran-kenderaan-di-kuil-1.908859]

[ARTIKEL BERKAITAN:[http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/keadaan-di-kuil-kawasan-sekitar-terkawal-1.909078]