Pelajar tingkatan lima parah kemalangan di Lawas

Iklan

LAWAS - Seorang lelaki maut manakala seorang pelajar perempuan tingkatan lima cedera parah dalam kemalangan di Jalan Lawas Damit, Kampung Batu Mulong pukul 12.03 tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang maut ialah penunggang motosikal Lois Jabli, 26 tahun manakala Frences Cherell Feluk, 17, pelajar perempuan dari SMK Merapok cedera parah pada kaki kanan setelah dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika duduk di perhentian bas berhampiran lokasi kejadian. .

Iklan
Iklan

"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Hilux yang gagal mengawal kenderaan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal yang ditunggang mangsa yang maut di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexson berkata, ketika kejadian kenderaan pacuan empat roda itu dalam perjalanan dari Kampung Long Sebangan ke Jalan Lawas Damit dan mangsa dalam perjalanan dari arah bertentangan.

Iklan
Iklan

"Setelah berlanggar dengan motosikal, kenderaan pacuan empat roda terbabas ke sebelah kanan dan melanggar pelajar perempuan berkenaan. Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Lawas untuk mendapat rawatan dan akan dihantar ke Hospital Kota Kinabalu, Sabah untuk rawatan lanjut," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- Bernama