Lelaki godam Twitter Trump tidak didakwa

Iklan
Akaun Twitter milik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa digodam pada Oktober lalu. - Foto: AFP

THE HAGUE - Para pendakwa Belanda semalam menyatakan seorang lelaki yang menggodam akaun Twitter milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Oktober lalu tidak akan didakwa.

Sebelum ini Washington dan syarikat Twitter itu menafikan bahawa akaun Trump telah digodam.

Iklan
Iklan

Lelaki itu, yang dikenali sebagai Victor Gevers seperti dilaporkan oleh media menggodam akaun Twitter Presiden AS tersebut iaitu @realDonaldTrump dengan meneka kata laluannya pada 16 Oktober lalu, menurut media Belanda.

Gevers yang berusia 44 tahun kemudian mendedahkan bahawa dia telah menggodam akaun Trump.

Iklan

Dia berkata, kata laluan yang ditekanya itu ialah maga2020! yang merujuk kepada gabungan perkataan Make America Great Again.

"Kami percaya penggodam itu telah menembusi akaun Twitter tetapi telah memenuhi kriteria yang mewujudkan kes undang-undang untuk dia dibebaskan sebagai seorang penggodam beretika," kata pejabat pendakwa raya.

Iklan

Ia menyatakan bahawa penggodaman merupakan satu kesalahan di Belanda.

Bagaimanapun, berdasarkan keadaan tertentu yang juga merujuk kepada amalan mendedahkan penggodaman itu secara bertanggungjawab boleh menghentikan pihak pendakwa raya daripada mengambil tindakan yang seterusnya, kata pejabat pendakwa raya berkenaan.

Pihak pendakwa raya membuat penemuan tentang penggodam tersebut berdasarkan kepada siasatan yang dilakukan oleh sebuah unit pakar siber polis yang dikenali sebagai Pasukan Jenayah Tinggi.

"Penggodam dan pihak berkuasa Amerika telah diberitahu tentang keputusan siasatan," kata pihak pendakwa raya. - AFP