Buat pengesahan jika dihubungi pegawai SPRM

Iklan
Azam Baki

PUTRAJAYA - Orang ramai disaran membuat pengesahan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dihubungi oleh pihak yang mendakwa sebagai pegawai suruhanjaya itu atau sebagai timbalan pendakwa raya (TPR).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya mengesan taktik suspek yang meminta wang suapan kepada mangsa kononnya untuk menyelesaikan kes SPRM.

Iklan
Iklan

"SPRM menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan taktik digunakan suspek yang mendakwa mengenali rapat pegawai kanan SPRM dan menunjukkan gambar bersama pegawai kanan SPRM.

"Menunjukkan kad tertentu kononnya milik pegawai kanan suruhanjaya ini dan TPR, serta gambar berada di premis dan di program pencegahan SPRM," katanya dalam kenyataan hari ini..

Iklan

Menurutnya, taktik berkenaan digunakan bagi meyakinkan mangsa terlibat sekali gus bertujuan mendapatkan wang rasuah.

"SPRM tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara berkenaan turut melibatkan mana-mana pegawai," katanya.

Iklan

Terdahulu, empat individu diberkas SPRM selepas menyamar sebagai Pengarah Kanan SPRM dan TPR bagi mendapatkan wang rasuah RM60,000 daripada mangsa.

Kesemua suspek direman enam hari bermula hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat lelaki menyamar pegawai kanan SPRM, TPR diberkas