SHAH ALAM - Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar mengadakan pertemuan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen hari ini.
Noh dalam status di Facebooknya memaklumkan, tujuan pertemuan itu diadakan bagi menguatkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) Selangor dalam gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).