SERDANG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun berdepan detik cemas apabila kepalanya tersepit pada jeriji pintu dalam kejadian di Taman Puncak Jalil di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 1.43 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Serdang diketuai Komander Operasi, PBK II Husain Hasan ke lokasi kejadian.