Twitter akan padam ciapan maklumat keliru mengenai vaksin

Iklan
Twitter mengumumkan akan mula memadam maklumat mengelirukan mengenai vaksin Covid-19, mulai minggu depan. Foto 123RF

ANKARA - Twitter mengumumkan akan mula memadam maklumat mengelirukan mengenai vaksin Covid-19, mulai minggu depan.

"Mulai minggu depan, kami akan meletakkan keutamaan kepada memadam maklumat paling mengelirukan dan seterusnya mula melabel Tweet mengandungi maklumat yang disyaki mengelirukan mengenai vaksin," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan syarikat media sosial itu pada Rabu.

Iklan
Iklan

Ia mengatakan ciapan berbaur khabar angin yang tidak berasas, tuntutan yang dipertikaikan, serta maklumat tidak lengkap atau di luar konteks mengenai vaksin akan dilabel dan ciapan itu"mungkin akan dihubungkan dengan maklumat kesihatan awam yang berwibawa atau Peraturan Twitter untuk memberikan pengguna maklumat tambahan dan sahih mengenai Covid-19."

Syarikat itu menyedari maklumat salah mengenai vaksin di tengah-tengah pandemik global boleh mencetuskan"cabaran besar terhadap kesihatan awam."

Iklan
Iklan

Namun, pengkritik menuduh syarikat media sosial itu cuba menyekat kebebasan bersuara, campur tangan dalam politik dan bertindak melampaui batas mereka.