Nelayan Safri Ibrahim, 44, mengisi masa terluang mencari sejenis kerang yang popular di kalangan penduduk setempat dengan nama 'lonjak' bagi menambah pendapatan meskipun dalam keadaan cuaca tidak menentu semasa tinjauan fotoBERNAMA di Pantai Tembeling, hari ini.
Menurut Safri, jajaran pantai yang berlumpur itu sememangnya menjadi habitat hidupan tersebut dan usaha mencarinya hanya dilakukan semasa air surut.
Hasil lonjak itu dijual kepada sesiapa yang berminat membelinya dengan harga yang berpatutan.