KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima enam laporan melibatkan seorang paderi warga Korea yang didakwa mencabul lima lelaki orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu, bulan lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, lima kertas siasatan dibuka di Pulau Pinang manakala satu di Selangor berhubung penglibatan suspek lelaki itu dalam kejadian cabul, yang didakwa berlaku antara 2011 dan 2016.