Fenomena Air Laut Pasang Besar

Iklan
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Labuan Juniaddi Awang Tuah (dua, kanan) bersama kakitangan JPS ketika membuat tinjauan di Terminal Feri Antarabangsa Labuan, berikutan fenomena air laut pasang besar malam tadi. Merujuk kepada Jadual Pasang Surut Malaysia 2020, fenomena air laut pasang besar ini akan mencapai pada aras laut 2.4 hingga 2.5 meter pada sekitar jam 10 malam hingga 1 pagi, bermula pada 14 hingga 19 Disember 2020. Pihak JPS mengingatkan semua warga Labuan terutamanya yang menetap di kawasan tepi pantai dan laut untuk sentiasa berwaspada dengan fenomena ini, kerana dikhuatiri banjir air pasang akan berlaku sekiranya ada hujan lebat. Sehubungan dengan itu, JPS WP Labuan telah memasang submersible pump (keupayaan 280 liter/saat) di pintu air Kinabenua dan pintu air Ujong Pasir sebagai langkah mengurangkan kesan banjir air pasang ini. - Foto Bernama