SHAH ALAM - Seramai 3,000 petugas barisan hadapan bakal menerima pemberian baucar pelancongan menerusi Kempen ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’ yang dilancarkan pada Khamis.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah itu adalah sebagai tanda penghargaan di atas usaha pihak terlibat yang berkorban dalam memerangi Covid-19.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pemilihan petugas bagi pemberian baucar berkenaan juga akan dilakukan oleh jabatan di agensi masing-masing selepas ini.
"Penggunaan baucar ini adalah dalam bentuk mata nilai dompet elektronik dan baucar elektronik RM200 seorang untuk penerima layak.
"Selain petugas barisan hadapan, 7,000 baucar lagi akan diberikan kepada orang ramai bagi pakej-pakej pelancongan terpilih yang akan melalui penyenaraian di aplikasi dompet elektronik Touch n’ Go E-Wallet dan marketplace Lazada Malaysia melalui capaian khas pautan sesawang mikro Kempen ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’,” katanya pada sidang akhbar pelancaran kempen berkenaan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pada Khamis.
Pada majlis sama, pengacara dan pelakon berdarah kacukan, Che Puan Juliana Evans turut dilantik menjadi duta kempen berkenaan untuk tempoh dua tahun.
Artikel Berkaitan