[DIKEMASKINI] Pemimpin muda perlu lebih vokal demi kestabilan politik

Iklan
Muhamad Nadzri

SHAH ALAM – Pemimpin pertengahan atau muda dalam parti perlu menekan pemimpin atasan bagi mewujudkan kompromi dan kesepakatan antara rakan seteru yang kini berpayung di bawah Perikatan Nasional (PN).

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor berkata, tindakan itu penting demi kestabilan sistem gabungan antara parti yang ada seterusnya menjamin kejayaan PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara itu tentunya menjadi satu cabaran buat pemimpin muda untuk lebih vokal berdepan kepentingan individu yang wujud dalam kalangan pemimpin utama politik.

"Kalau ada intra parti demokrasi maksudnya suara pemimpin-pemimpin peringkat pertengahan belia lebih tinggi dalam menekan mereka yang mengetuai parti dengan mengatakan ini ‘bukan parti kamu ini parti kita’, saya rasa kompromi boleh dilakukan dengan lebih mudah kerana ia tidak melibatkan di peringkat individu atau peringkat kepartian lebih tinggi.

Iklan

"Tapi pada saya, masalah pemimpin muda dalam UMNO dan Pas hari ini adalah peringkat individu-individu yang juga ada suara yang besar dalam parti.

"Individu yang begitu dominan dalam parti yang mempunyai kepentingan berbeza berbanding ahli lain secara umum,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar Edisi ke 217 yang membincangkan tajuk 'PRU15: BN, PN Masih Tiada Persefahaman?' di Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.

Program dikendalikan oleh Dr Noor Nirwandy Mat Noordin selaku moderator itu turut menampilkan mantan Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional dan Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad sebagai panel.

Mengulas lanjut, Muhamad Nadzri berkata, situasi sekarang mendesak setiap parti dalam PN untuk terus bersama meskipun masih wujud curiga dan persaingan di dalamnya disebabkan konsep permuafakatan antara rakan seteru.

Justeru, katanya, setiap parti perlu bergerak mencari titik temu dan mengenal pasti titik tolak dalam menjadikan PN sebagai satu gabungan yang mantap.

"Kelebihan itu ada. BN dan Pas mempunyai akar umbi yang sangat kuat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kematangan BN kukuhkan PN

Semangat MN jamin sokongan rakyat, kemenangan PN pada PRU15