MOF nafi Guan Eng campur tangan urusan haji, umrah

Iklan
PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan menafikan dakwaan bahawa menterinya, Lim Guan Eng mengeluarkan arahan menghendaki orang Islam melakukan umrah hanya melalui Tabung Haji dan bukan melalui agensi pelancongan swasta/bebas.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, tuduhan dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab tersebut adalah tidak berasas.

"Menurut artikel 'Guan Eng Akan Bunuh Perniagaan Melayu' yang diterbitkan di laman

Iklan
Iklan

Malaysia Today (4 Februari 2019), tujuan arahan palsu ini adalah untuk memastikan Tabung Haji memonopoli perkhidmatan pengurusan dan perjalanan umrah, lantas menghilangkan peluang agensi pelancongan swasta/bebas milik Bumiputera bersaing di dalam pasaran ini.

"Artikel ini turut dipaparkan di laman Facebook Raja Petra Kamarudin pada 4 Februari 2019.

Iklan

"Laporan berita palsu ini disebarkan semata-mata untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menghasut kebencian terhadap Menteri Kewangan bukan Islam, kerana kononnya melakukan campur tangan dalam hal ehwal urusan Islam," kata kenyataan itu.

Kementerian Kewangan juga menyatakan telah membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat palsu dan akan turut membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Iklan

"Ingin ditegaskan sekali lagi di sini bahawa tidak sekali-kali pernah Menteri Kewangan, mahupun Kementerian Kewangan mengeluarkan arahan seperti yang dinyatakan di dalam artikel Malaysia Today.

"Tuduhan-tuduhan palsu ini berniat jahat dan merupakan fitnah dan pembohongan," katanya.