Perbelanjaan peruntukan RM200,000 ADUN akan diaudit: MB Perak

Iklan
IPOH, 18 Dis -- Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berucap pada sesi penggulungan belanjawan 2021 Negeri Perak pada Persidangan DUN Perak di Bangunan Darul Ridzuan, hari ini.
 --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

IPOH - Perbelanjaan peruntukan RM200,000 yang diagihkan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak sepertimana diumumkan dalam Belanjawan Negeri 2021 akan diaudit dari masa ke masa.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, setiap wakil rakyat dikehendaki membuktikan peruntukan itu dibelanjakan secara sah untuk memastikan ia digunakan bagi perkara yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Iklan
Iklan

"Biasanya Pegawai Kewangan akan mengeluarkan tatacara pengurusan kewangan dan terdapat dua kategori bagi urusan pengagihan peruntukan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan Perak 2021 lulus sebulat suara

Iklan

Pembentangan bajet paling tenang: MB Perak

"Satu daripadanya wang dimasukkan melalui akaun pusat khidmat, dalam hal ini wakil rakyat hendaklah membelanjakannya secara 'accounted', perlu ada permohonan dan kelulusan, bukti cek dikeluarkan serta baucar ditandatangani secara sah.

Iklan

"Itu tanggungjawab, sebab apabila audit bertanya, bermakna semua wakil rakyat ini boleh buktikan wang itu dibelanjakan dengan cara yang betul," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Daruk Ridzuan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, satu lagi tatacara adalah melalui wang yang disimpan di Unit Perancang Ekonomi (UPEN) bagi tujuan sesuatu pembangunan.

Katanya, permohonan peruntukan kategori itu perlu dimaklumkan secara bertulis kepada UPEN sebelum diluluskan.

"Contohnya, katakan seorang Yang Berhormat (YB) hendak membaiki kolah surau dengan kos RM20,000, jadi dia kena maklumkan secara bertulis kepada UPEN.

"UPEN akan meluluskannya dan menghantar waran berkenaan kepada pejabat daerah yang akan menguruskan projek berkenaan," katanya.

Saarani berkata, besar harapan kerajaan negeri agar RM200,000 yang diperuntukkan itu dapat membantu pelaksanaan pelbagai projek dan program pembangunan di setiap kawasan DUN.

"Jumlah itu mungkin tidak mencukupi, tetapi kalau boleh gunakanlah sebaik mungkin dengan cara yang betul. Insya ALLAH rakyat di bawah, di kawasan akan mendapat manfaat daripadanya," katanya.

Terdahulu, kerajaan Perak mengumumkan peruntukan RM200,000 kepada semua 59 ADUN setahun membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM11.8 juta.

Peruntukan itu selari dengan titah hasrat Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang prihatin untuk meringankan beban rakyat.