Lelaki melecur, rumah kedai di Chow Kit terbakar

Iklan
Kebakaran melibatkan lima unit di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Chow Kit, Kuala Lumpur hari ini. - Foto JBPM KL

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tempatan melecur kira-kira 10 peratus pada muka dan tangan dalam kebakaran di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Chow Kit di sini hari ini.

Mangsa berusia 40 tahun yang terperangkap di ruang tamu rumah berjaya dibawa keluar oleh pasukan penyelamat sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

Iklan
Iklan

Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II Mohd Hafizan Hassan berkata, seramai 27 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul, Hang Tuah dan Titiwangsa ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 4.02 petang.

Menurutnya, kebakaran itu melibatkan lima unit rumah di tingkat tiga yang setiap satunya berkeluasan 600 kaki persegi.

Iklan

"Empat unit daripadanya terbakar sebanyak 90 peratus, sementara satu unit terbakar 20 peratus.

"Kebakaran dapat dikawal pada jam 4.40 petang secara 'offensive' dan 'defensive' bagi mengurangkan kesan api merebak," katanya.

Iklan

Beliau berkata, operasi pemadaman tamat pada jam 5.41 petang dan punca kebakaran masih dalam siasatan.