'Tayar, sport rim pun kena rembat'

Iklan
Gambar kereta milik mangsa tanpa keempat-empat tayar yang ditularkan di laman sosial sejak petang Isnin lalu. Gambar kecil, Abdul Rahim.

KUALA TERENGGANU - Seorang pelancong tergamam selepas mendapati keempat-empat tayar termasuk sport rim kereta miliknya lesap, dalam kejadian di kawasan parkir di sebuah hotel di bandaraya ini, Isnin lalu.

Kejadian hanya disedari lelaki berusia 27 tahun itu kira-kira jam 8.10 pagi ketika mendapatkan keretanya jenis Perodua Myvi selepas parkir pada malam sebelumnya.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, mangsa dari Pontian, Johor, dipercayai datang bercuti bersama keluarganya menghabiskan cuti Tahun Baharu Cina.

"Mangsa sekeluarga tiba di hotel berkenaan kira-kira jam 10.30 malam (Ahad) sebelum meninggalkan kenderaan itu di kawasan parkir disediakan pihak hotel dalam keadaan berkunci dengan baik.

Iklan

"Sejurus mendaftar masuk ke bilik hotel pada malam itu, dia memang tidak memantau keadaan semasa kenderaannya itu kerana kepenatan," katanya.

Kecurian itu langsung tidak disangka memandangkan ia adalah kawasan yang mempunyai rondaan pengawal keselamatan.

Iklan

Sumber berkata, pada keesokan harinya, mangsa yang pergi mendapatkan keretanya kerana hendak keluar bersiar-siar terkejut selepas mendapati keempat-empat tayar termasuk sport rim jenis Enkel RPR1 lesap.

"Yakin ianya sudah dicuri, mangsa seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu, di sini, untuk tindakan selanjutnya.

"Selain itu, dia meminta rakannya mengongsikan insiden menimpanya di laman sosial Facebook memohon pengguna laman sosial memaklumkan kepadanya sekiranya mengetahui atau didatangi individu yang ingin menjual tayar bersama sport rim jenama berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan ada menerima laporan kejadian.