46 anggota polis Johor dibuang kerja

Iklan
Ayob Khan (kanan) ditemu bual dalam program Sinar Live bertajuk 'Biar diancam, saya tidak gentar!' yang bersiaran secara langsung dari IPK Johor Bahru malam ini. Program dikendalikan Haslina (kiri) selaku moderator.

JOHOR BAHRU - Seramai 46 anggota dan pegawai polis di negeri ini dibuang kerja kerana terlibat dengan salah laku dan melakukan pelbagai kesalahan jenayah sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah anggota polis yang dibuang kerja itu adalah yang tertinggi di negara ini dibuat di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993.

Iklan
Iklan

Katanya, langkah tersebut dilakukan setelah siasatan dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

"Jumlah ini dijangka bertambah setelah pihak polis mengesan beberapa kesalahan yang dilakukan pegawai dan anggota polis negeri ini termasuk membabitkan penyalahgunaan dadah.

Iklan

"Sepanjang tahun ini, JIPS Johor telah membuka 230 kertas siasatan tatatertib yang membabitkan 32 pegawai kanan, 246 pegawai rendah dan dua pegawai awam dengan kes salah laku merupakan yang paling tinggi iaitu 154 kes dan diikuti 45 kes dadah," katanya menerusi Sinar Live bertajuk 'Biar Diancam, Saya Tidak Gentar!' yang bersiaran secara langsung dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru di sini malam ini.

Program dikendalikan moderator, Haslina AR Kamaludin.

Iklan

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 45 pegawai dan anggota yang ditahan kerja manakala 46 lagi dibuang kerja.

"Tindakan buang kerja dijangka bertambah memandangkan masih terdapat kes tatatertib dalam siasatan dan juga dalam perbicaraan mahkamah.

"Kalau positif dadah, memang tindakan pembuangan kerja akan dilakukan,” katanya.