Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Tun Rahah

Iklan
Orang ramai berkumpul di hadapan pekarangan Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi sejak jam 7 pagi untuk memberi penghormatan kepada Allahyarhamah Tun Rahah.

KUALA LUMPUR - Orang ramai mula berkumpul di pekarangan pintu masuk di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah.

Orang ramai mula berkumpul seawal jam 7 pagi sebelum dibenarkan masuk pada ‪jam 9‬ pagi untuk memberi penghormatan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk perlu mengisi butiran lengkap dan semakan suhu badan.

Iklan
Iklan

Mereka lengkap berpakaian berwarna hitam dan putih sebagai tanda menghormati pemergian Allahyarhamah.

Terdahulu kenderaan yang membawa jenazah Allahyarhamah Tun Rahah, 87, tiba di Masjid Ar-Rahah bersama 10 kenderaan selepas bertolak dari kediamannya di Jalan Eaton.

Iklan

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan oleh petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di masjid berkenaan.

Selepas urusan penghormatan terakhir itu, jenazah Allahyarhamah Tun Rahah akan dibawa ke Masjid Negara bagi Istiadat Pengebumian Negara kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Iklan

Jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas solat Zohor.