Masih teliti siapa layak terajui Bersatu Perlis

Iklan
Mukhriz (tiga, kiri) menyampaikan ang pow kepada kanak-kanak yang hadir.

ALOR SETAR - Bersatu masih meneliti individu paling layak untuk menerajui parti itu di Perlis, susulan pengguguran pengerusinya, Ameir Hassan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, individu berkenaan hendaklah kalangan yang berjawatan tinggi dalam parti, namun tidak semestinya anak tempatan negeri itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemilihan dan penilaian masih dilakukan termasuk calon dari ketiga-tiga bahagian, iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar.

"Pelantikan pengerusi baharu Perlis akan ditentukan berdasarkan kepada penilaian ketiga-tiga bahagian untuk melihat individu paling layak. Adakah perlu kita menstruktur semula keseluruhan badan pimpinan juga sedang dipertimbangkan,” katanya, pada sidang media, selepas majlis Tahun Baharu Cina bersama masyarakat Cina di Seri Mentaloon, hari ini.

Iklan

Mukhriz berkata, buat masa ini, jawatan Pengerusi Bersatu Perlis yang disandang Ketua Bersatu Bahagian Arau diambil alih Setiausaha Agung Bersatu Kebangsaan, Datuk Marzuki Yahya.

"Setiausaha Agung akan laporkan dalam mesyuarat Majlis Presiden Bersatu yang terdekat. Ia bagi membolehkan keputusan atau syor dikemukakan kepada kepemimpinan tertinggi. Kadang-kadang pengerusi negeri tidak semestinya orang tempatan, tetapi kalangan pimipinan tertinggi parti,” katanya.

Iklan

Baru-baru ini, jawatan Ameir telah ditamatkan ekoran kemelut yang melanda Bersatu negeri itu.

Pada 9 Januari lalu, ketiga-tiga bahagian parti itu di Perlis menyatakan hilang kepercayaan kepada Ameir selain menyifatkan beliau gagal menguruskan parti dengan baik.

Kemelut bermula selepas tindakan Ameir mengumumkan pemecatan Wan Saiful Wan Jan sebagai Setiausaha Bersatu Perlis dengan alasan terlalu sibuk sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Ia sejurus Wan Saiful mendedahkan skandal melibatkan ratusan ribu membabitkan pemimpin parti itu di Perlis.

Terbaharu, nama Wan Saiful menjadi bualan dan dikatakan individu paling sesuai memegang jawatan tersebut.