Covid-19: Kumpulan pertama bekalan vaksin diperoleh Februari

Iklan
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berucap pada majlis sumbangan kemasyarakatan Ahli Parlimen Gombak di Dewan Pusat Aktiviti Masyarakat AU5D Lembat Keramat di sini hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan menjangkakan kumpulan pertama bekalan vaksin Covid-19 untuk Malaysia diperoleh pada Februari.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"... ini adalah bekalan awal... bekalan akan berterusan hingga penghujung 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: 6.4 juta rakyat Malaysia bakal terima vaksin Covid-19: PM

Iklan

Perbelanjaan rawatan, vaksin Covid-19 dapat pelepasan cukai

Jangan takut guna vaksin Covid-19

Iklan

"Bekalan awal ini juga kita akan gunakan untuk barisan hadapan negara yang berdepan risiko tinggi untuk mengawal penularan Covid-19, golongan ‘vulnerable’ juga akan didahulukan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kawasan Parlimen Gombak di sini hari ini.

Mohamed Azmin (tengah) hadir pada majlis sumbangan kemasyarakatan Ahli Parlimen Gombak di Dewan Pusat Aktiviti Masyarakat AU5D Lembat Keramat di sini hari ini. - Foto Bernama

Menurutnya kerajaan juga sedang berusaha untuk mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 daripada syarikat-syarikat farmaseutikal lain.

"Kerajaan sedang berusaha mendapatkan bekalan vaksin yang lebih besar bagi memenuhi keperluan (negara). Kerajaan juga akan mengikut nasihat Kementerian Kesihatan untuk mengetahui peratusan mereka yang perlu divaksin,” kata Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Pada 24 November lepas, Malaysia mengumumkan bahawa ia akan mendapatkan bekalan awal sebanyak 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini secara percuma.

Penghantaran bekalan pertama sebanyak satu juta dos akan dibuat pada suku pertama tahun depan disusuli dengan 1.7 juta (suku kedua), 5.8 juta (suku ketiga) dan 4.3 juta dos pada suku keempat tahun depan. - Bernama