Polis laksana operasi saman tertunggak di sempadan Malaysia-Brunei
Iklan
KUCHING - Polis Sarawak akan melaksana Operasi Saman Tertunggak Warganegara Asing di kawasan sempadan Malaysia-Brunei di Miri dan Limbang.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sejumlah 52,000 saman tertunggak belum dijelaskan bagi tempoh 10 tahun sejak tahun 2008.
Iklan
Iklan
"Tidak ada alasan untuk warga asing tidak menjelaskan saman, Polis menyediakan pelbagai kemudahan bagi mereka melunaskan saman kesalahan trafik.
"Op ini dilaksanakan bukan untuk menghukum pesalah trafik warga asing, tetapi bagi memberi kesedaran kepada mereka agar sentiasa berhati-hati dan menghormati undang-undang negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Iklan
Iklan
Alexson berkata, pesalah trafik warga asing diingatkan untuk segera menyelesaikan saman mereka yang tertunggak. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="DUN Sabah: Tiada air, pelajar SMK Tongod terpaksa mandi sungai" /><meta itemprop="description" content="DUN Sabah: Tiada air, pelajar SMK Tongod terpaksa mandi sungai
Kira-kira 300 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tongod berhadapan dengan masalah bekalan air sejak hampir dua minggu lalu sehingga menyebabkan sebahagiannya terpaksa mandi di sungai berhampiran atau belajar di rumah, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, isu air antara perkara yang beliau bangkitkan dalam ucapan perbahasan Belanjawan Sabah 2025 di mana Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menerima peruntukan dalam belanjawan tersebut.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/697443/edisi/sabah-sarawak/dun-sabah-tiada-air-pelajar-smk-tongod-terpaksa-mandi-sungai
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #DUNSabah" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-19T10:26:38.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XODDA1dF6Z-M-LtY6/x120" /><meta itemprop="duration" content="P101S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99elvu" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99elvu"></script>