KEMAMAN - Mangsa banjir Mohd Azlan Samsudin, 37, mengangkat kerusi selepas rumahnya ditenggelami banjir ketika tinjauan di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Baru Kemasik, hari ini.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menyaksikan peningkatan mendadak kepada 4,094 orang daripada 996 keluarga setakat 7 pagi ini, berbanding 972 orang daripada 246 keluarga pada 4.30 petang semalam.