KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di seluruh Kelantan dan Terengganu serta beberapa daerah di Pahang dan Johor hingga esok.
Menurut kenyataan MetMalaysia, daerah yang dijangka terlibat di Pahang ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin sementara di Johor pula membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.