Kerjasama hospital awam, swasta bantu tangani kekurangan pakar

Iklan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua, kanan) ketika membuat kunjungan sempena Tahun Baru Cina di Hospital Ampang hari ini. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Usaha untuk meningkatkan kerjasama antara hospital awam dan swasta bagi menambahbaik sistem kesihatan di negara ini telah mula dilaksanakan selepas penubuhan Majlis Penasihat Kesihatan bulan lepas.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kolaborasi itu diyakini dapat membantu hospital awam khususnya dalam menangani isu kekurangan tenaga pakar dan fasiliti, selain beban kerja yang tinggi dan kos rawatan yang semakin meningkat.

Iklan
Iklan

"Terdapat beberapa hospital swasta sudah menyatakan niat murni mereka untuk bekerjasama. Jadi, kita sangat mengalu-alukan kedatangan mereka,” katanya kepada pemberita selepas membuat kunjungan ke Hospital Ampang hari ini.

Beliau meluangkan masa selama dua jam melawat pesakit kanser di wad hematologi di hospital berkenaan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Iklan

Majlis Penasihat Kesihatan berperanan menjana idea ke arah memperkasakan sistem kesihatan negara selain membantu kerajaan merangka hala tuju baharu memperkasa Kementerian Kesihatan ke arah kelas dunia.

Dalam pada itu, Dzulkefly menggalakkan agar orang ramai menjalankan ujian saringan dan pengesanan awal penyakit kanser kerana penyakit itu direkodkan sebagai penyebab kedua tertinggi kematian dalam kalangan rakyat di negara

Iklan

Menurutnya, dianggarkan 60 peratus penyakit kanser di negara ini dikesan pada tahap lewat iaitu Tahap 3 dan 4. - Bernama