Peserta Empower ECER berjaya tempuh cabaran

Iklan
Arba’iah bersama produk makanan yang dihasilkan dan mendapat sambutan di Kuala Krai semalam.

KUALA KRAI - Pandemik Covid-19 yang melanda negara tidak menghalang seorang usahawan dari Kuala Krai berusaha untuk terus maju dalam perniagaan makanan sejuk beku yang diusahakan sejak tahun lalu.

Arba’iah Nordin yang juga peserta Program Empower Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) Latihan Kemahiran dan Keusahawanan bersyukur kerana mendapat bimbingan daripada ECER sehingga berjaya.

Iklan
Iklan

Ibu kepada lima anak itu berkata, program berkenaan banyak membantunya menjana pendapatan keluarga apabila punca pendapatannya hilang selepas diberhentikan kerja.

"Dugaan terbesar untuk saya selepas 23 tahun bekerja di sebuah syarikat swasta saya diberhentikan kerja,” katanya seperti dalam kenyataan Empower ECER pada Sabtu.

Arba’iah bersyukur mendapat bimbingan menerusi Program Empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan yang banyak mengubah hidupnya.

Iklan

Katanya, dia mahu membantu menambah pendapatan suami yang juga peniaga ayam mentah.

"Setelah mendapat peluang untuk menyertai Program Empower ECER pada tahun 2019, saya tidak lagi menoleh ke belakang,” katanya yang kini mempunyai kedai di Kuala Krai yang diberi nama Sisters Kitchen.

Iklan

Program empower ECER Latihan Kemahiran dan Keusahawanan itu merupakan kolaboratif ECER bersama Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) sejak tahun 2016.

Seramai 2,800 peserta di Tumpat, Machang, Pasir Mas, Kuala Krai, Gua Musang (Kelantan) manakala (Terengganu) di Setiu dan Marang telah mendapat manfaat program berkenaan.