Dua anjing pengesan bantu cari mangsa terjatuh sungai

Iklan
Unit K9 dibawa untuk menyertai operasi mengesan lelaki dikhautiri lemas di Sungai Kinta pada Ahad. - Foto ihsan bomba

BATU GAJAH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan dua anjing pengesan (K9) dalam operasi mengesan lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh dari jambatan di Sungai Kinta di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Norshah Shahril berkata, unit K9 BBP Kuala Lumpur itu dibawa untuk menyertai operasi mengesan mangsa berusia 22 tahun terbabit.

Iklan
Iklan

"Unit K9 mengenal pasti suatu ‘spot’ iaitu satu jambatan besi kecil yang dipenuhi sampah sarap terletak kira-kira 1 kilometer dari lokasi mangsa dilihat terjatuh.

"Kita meminta bantuan orang awam berhampiran yang mempunyai jengkaut untuk mencuci sampah serta kayu-kayu tersangkut di jambatan yang mungkin memerangkap mangsa selepas dihanyutkan arus sungai,” katanya.

Iklan
Unit K9 telah mengenal pasti spot di jambatan besi yang percayai memerangkap mangsa yang telah dibawa arus dalam kejadian itu. - Foto ihsan bomba

Menurutnya, usaha mencari mangsa yang memasuki hari kedua itu masih diteruskan dengan melibatkan 27 anggota bomba termasuk dari BBP Pasir Puteh dan Kampar, Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta K9.

"Operasi ini turut dibantu tujuh anggota polis, lima anggota Rela dan 10 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Iklan

"Kaedah pencarian di permukaan air di kiri dan kanan tebing sungai turut dilakukan menggunakan tiga bot. Skop pencarian diperluaskan dalam jarak tujuh kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat,” katanya.

Terdahulu, bomba menerima maklumat mangsa terjatuh sungai di jambatan yang menghubungkan Kampar ke Tanjung Tualang di sini pada jam 2.29 petang pada Sabtu.

Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dibuka pada operasi mencari dan menyelamat mangsa. - Foto ihsan bomba