Wanita kahwini kapten hoki India masih beragama Islam: Senator

Iklan
Asmak Husin

SHAH ALAM - Ahli Dewan Negara, Senator Asmak Husin memaklumkan wanita Malaysia yang berkahwin dengan kapten hoki India masih lagi beragama Islam.

Menurutnya, wanita itu didapati bernikah dengan lelaki tersebut di Malaysia sebelum pergi ke India untuk mengadakan majlis resepsi di sana.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah saya sudah dapat maklum balas Illi Najwa, sebenarnya Islam dan telah bernikah sebelum ke India untuk resepsi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan akan panggil wanita kahwin pemain hoki India

Iklan

Isu agama wanita kahwin pemain hoki India dalam siasatan

"Semoga ALLAH menjaga Illi Najwa, keluarganya dan keluarga kita juga. Oleh itu, bagi yang tersalah bicara dan turut mengecam pihak berkuasa dan kerajaan, mari bermaafan,” katanya menerusi ciapan di Twitternya.

Iklan

Terdahulu, media tempatan melaporkan pasangan itu dipercayai melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Pemuda berusia 28 tahun itu dilihat mengenakan sut perkahwinan punjabi, manakala isterinya memakai pakaian pengantin punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Membalas komen pada ciapan tersebut mengenai hukum mengadakan majlis resepsi pada video yang tular itu, Asmak meminta semua pihak supaya bersabar dan menunggu laporan daripada pihak berkuasa.

"Saya setuju sangat dengan soalan ini dan kita menunggu laporan pihak berkuasa. Tetapi ikut pengalaman saya memang pasangan mualaf banyak kekeliruan antara budaya dan agama,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan kerajaan akan memanggil wanita tersebut bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama pasangan berkenaan setelah beliau pulang ke negara ini.

Menurutnya, pihaknya kini masih menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) berhubung siasatan mereka terhadap status sebenar agama wanita berkenaan.

Sementara itu, semakan Sinar Harian di akaun Twitter wanita itu mendapati kali terakhir membuat ciapan adalah pada November lalu.

Semakan pada Instagram Kapten Hoki India itu pula mendapati hantaran terakhir yang dibuat ialah pada 5 Disember lalu yang berkongsikan berkaitan dengan kariernya sebagai seorang pemain hoki.