Antivaksin ancam usaha perangi Covid-19

Iklan

PADA 24 November lalu, Malaysia dilaporkan akan mendapatkan bekalan sebanyak 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini.

Kemudian pada 13 Disember lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan vaksin Covid-19 yang dijangka tiba di Malaysia Mac depan, dihantar lebih awal daripada tarikh itu serta bekalannya ditambah hingga 70 peratus penduduk daripada sasaran 30 peratus sekarang.

Iklan
Iklan

Namun usaha memerangi pandemik Covid-19 akan lebih mencabar dengan wujudnya ancaman gerakan antivaksin yang sedang mempengaruhi fikiran rakyat melalui media sosial.

Vaksin mengandungi antigen yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.Sebelum ini, Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan melahirkan kebimbangan dasar imunisasi nasional Covid-19 akan menghadapi cabaran daripada golongan anti vaksin berdasarkan komen yang dilontarkan oleh kumpulan tersebut di Facebooknya.

Iklan

Isu antivaksin bukan perkara baru, bahkan ia menjadi ancaman kepada negara termasuk di peringkat global. Ramai golongan antivaksin berpegang kepada pandangan Dr Andrew Wakefield di UK pada 1998 yang mendakwa vaksin kombinasi campak, beguk dan rubela menyebabkan autisme.

Ini selepas dia memperbesar- besarkan kesan sampingan dan memalsukan rekod hospital. Sedangkan, setahun selepas itu, kerajaan UK membatalkan lesen perubatan Dr Andrew selepas mendapati dia berbohong.

Iklan

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Luqman Abdullah berkata, pandemik Covid-19 membawa mudarat kepada orang Islam dan oleh kerana itu, langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelak ia terus menular dan membahayakan orang lain.

Adalah penting untuk mengambil vaksin untuk keselamatan diri dan bagi kebaikan, serta keselamatan masyarakat. Jika kita tidak mahu ambil vaksin Covid-19, maka kita akan mengancam diri sendiri dan mengancam keselamatan keluarga sendiri serta masyarakat.