'Salah kecewa tidak dipilih jadi kapten'

Iklan
Mohamed Salah

BINTANG Liverpool, Mohamed Salah dilaporkan tidak gembira di Anfield dan bersedia meninggalkan kelab itu.

Bekas rakan sepasukannya dalam skuad Mesir, Mohamed Aboutrika berkata, beberapa perkara membuatkan pemain berusia 28 tahun itu kecewa bersama Liverpool termasuk tidak dipilih sebagai kapten ketika menentang Midtjylland dalam saingan Liga Juara-Juara baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Saya menghubungi Salah dan bertanyakan keadaan dia di Liverpool. Dia sangat kecewa, namun kekecawaanya itu tidak menggugat persembahan di atas padang.

"Saya tahu Salah tidak gembira di Liverpool. Dia memberitahu kenapa tidak gembira dan ia rahsia, saya tidak boleh beritahu kepada umum. Namun, salah satu sebab dia marah adalah kerana tidak dipilih menjadi kapten ketika menentang Midtjylland," katanya.

Iklan

Bekas pemain AS Roma dan Chelsea itu dijangka dinamakan sebagai kapten dalam perlawanan menentang Midtjylland kerana dia merupakan pemain paling berpengalaman dalam pasukan, namun lilitan kapten tersebut diberikan kepada Trent Alexander-Arnold.

Malah, Salah juga tidak berada dalam kesebelasan utama ketika menentang Crystal Palace pada Ahad dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp memberikan alasan mahu merehatkan pemain bintangnya itu.

Iklan

Dalam pada itu, Aboutrika menjangkakan Salah akan berpindah ke kelab gergasi Sepanyol sama ada Real Madrid atau Barcelona sekiranya Liverpool gagal menawarkan gaji yang lebih lumayan.

"Jika Salah pemain Real Madrid atau Barcelona dan bermain pada tahap terbaiknya seperti di Liverpool, saya percaya dia akan menang Ballon d'Or.

"Pada pendapat saya, Liverpool akan mempertimbangkan untuk menjual Salah atas sebab kekangan ekonomi.

"Saya tiada sebarang pengaruh dalam keputusan yang dibuat Salah, dia hanya rakan dan seperti adik saya. Dia cukup bijak untuk membuat keputusan terbaik,” katanya.