Perpaduan wujud kerana kita saling berkompromi

Iklan

SHAH ALAM - Masyarakat diajak untuk kembali mengimbau sejarah bahawa perpaduan yang wujud di negara ini adalah kerana adanya nilai kompromi dan pengorbanan serta elemen perkongsian yang diamalkan kita semua.

Penganalisis politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, semua pihak perlu melihat dan hayati semula sejarah yang menjadi kekuatan negara selama ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebelum ini sentiasa wujud dalam diri nilai bertolak ansur, pengorbanan dan kebersamaan dalam menjalani kehidupan sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.

"Apabila berlaku keadaan seperti ini, kita kena lihat kembali kekuatan yang telah kita bina itu, jangan musnahkan sekelip mata.

Iklan

"Kerana akhirnya, yang akan tewas dan yang rugi dalam insiden ini adalah kita semua tanpa mengira apa latar belakang sekalipun” katanya kepada Sinar Harian.

Sivamurugan yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) ini berkata demikian ketika diminta mengulas tentang insiden yang berlaku di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya.

Iklan

[ARTIKEL BERKAITAN: Rusuhan kuil: Menteri gesa siasatan penuh]

[ARTIKEL BERKAITAN: Insiden rusuhan tidak babit unsur perkauman]

Sivamurugan berkata, dalam mengangai isu ini, ia menuntut kepada kematangan semua pihak.

"Pihak yang terbabit harus duduk bersama mencari jalan penyelesaian yang tidak akan menyebabkan perkara ini terus berpanjangan.

"Keputusan harus segara diambil kerana sekarang ini dilihat seolah-olah tak ada pihak yang tampil membuat keputusan atau mencari jalan penyelesaian.

"Kita harus menyegerakan dalam mencari jalan penyelesaian, kerana dikhuatiri, jika insiden ini terus merebak ia akan menyebabkan malapetaka kepada negara,” katanya.

Dalam masa yang sama, Sivamurugan berkata, pihak berkuasa juga perlu segera mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang membuat provokasi dan menghasut termasuklah yang menyebarkan khabar angin tentang insiden kuil ini apatah lagi sekarang media sosial sangat berleluasa digunakan.