Pokok Krismas dijual di Arab Saudi

Iklan
Pokok-pokok Krismas dijual di sebuah kedai di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini. - Foto AFP

RIYADH - Pokok-pokok dan perhiasan Krismas kini dijual di sebuah kedai di Riyadh, Arab Saudi iaitu sesuatu yang tidak pernah terfikir akan berlaku di negara yang melarang penjualan barang-barang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Dalam tempoh beberapa tahun lalu, jualan sempena musim perayaan mula diadakan di Riyadh sekali gus menunjukkan satu tanda kelonggaran sosial berlaku di negara beraja tersebut.

Iklan
Iklan

Ia juga berlaku selepas Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman berikrar akan membawa negara Teluk berkenaan menjadi lebih terbuka dan mengamalkan pendekatan Islam yang sederhana.

"Saya tidak pernah membayangkan perkara ini (pokok Krimas dijual)," kata seorang penduduk kepada AFP.

Iklan

Dia berkata demikian di sebuah kedai yang menjual pokok-pokok Krismas, pakaian Santa Claus dan lain-lain perhiasan perayaan itu.

Selama berdekad lamanya, jualan hari Krismas tidak diadakan secara terbuka manakala penduduk Kristian dari Filipina, Lebanon dan lain-lain negara menyambutnya di tempat tertutup.

Iklan

Adalah amat sukar untuk mencari barang-barang sempena Krismas di negara beraja itu, kata seorang ekspatriat dari Lebanon yang dikenali sebagai Mary.

"Ramai daripada rakan-rakan saya membelinya dari Lebanon atau Syria dan menyeludupnya bagi memasuki negara ini," tambahnya.

Pada tahun 2018, di tengah-tengah usaha yang meliberalisasikan Arab Saudi dilakukan oleh Putera Mohammed, pihak berkuasa negara tersebut memberi amaran di Twitter bahawa pokok-pokok Krismas dilarang daripada memasuki negara tersebut.

Pada bulan lalu, Putera Mohammed berikrar akan memerangi keganasan dengan pendekatan keras selepas berlakunya satu letupan bom di sebuah kawasan perkuburan bukan Islam yang dihadiri oleh para diplomat Barat di Jeddah manakala kumpulan Daesh mendakwa melakukan kejadian tersebut. - AFP