Limpahan Sungai Golok

Iklan

Dua penduduk dari Kampung Nibong, Tumpat menarik seekor lembu meredah limpahan air Sungai Golok bagi menyelamatkan ternakan daripada terperangkap.

Mengikut portal infobanjir.water.gov.my sehingga jam 2 petang ini paras air di Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat berada pada paras 2.47 meter menghampiri paras bahaya ( 2.50 meter).

Iklan
Iklan

Jumlah mangsa banjir di Kelantan setakat ini seramai 1,334 orang membabitkan 465 keluarga berada di 21 Pusat Pemindahan Sementara di tiga daerah iaitu Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai.

Iklan
Iklan