Covid-19: Keadaan di Selangor masih terkawal

Iklan
Amirudin bersama penerima sumbangan ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Sempena Perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Isnin.

SHAH ALAM - Keadaan di Selangor masih lagi terkawal walaupun mencatatkan kadar kes Covid-19 baharu paling tinggi berbanding negeri lain.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, antara faktor peningkatan adalah disebabkan ujian saringan yang dijalankan melibatkan pekerja kilang khususnya pekerja asing.

Iklan
Iklan

"Saya percaya ramai orang bimbang mengenai keadaan terkini namun keadaan terkawal dan ujian saringan yang dijalankan adalah kewajipan yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Negara(MKN) untuk pekerja-pekerja kilang khususnya pekerja asing.

"Ia jauh lebih baik daripada kita tak tahu kerana jika tiada saringan dijalankan mungkin menyebabkan perebakan yang kita tak akan ketahui," katanya kepada pemberita di Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Sempena Perayaan Krismas Peringkat Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, pada Isnin.

Iklan

Katanya, kerajaan negeri menerusi Selangor Task Force Covid-19 (STFC) sedang merangka beberapa langkah untuk mengawal perebakan wabak Covid-19.

"Sekarang ini STFC sedang merangka. Insha-ALLAH kita akan laksanakan awal tahun depan dan akan umumkan beberapa langkah terkini supaya kita kekang dan kawal perebakan.

Iklan

"Rakyat juga perlu terus patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP)," kata beliau.

Terdahulu, kes positif Covid-19 di Malaysia terus mencatat angka empat digit apabila 1,340 kes baharu direkodkan pada Ahad dan Selangor kekal melaporkan kes baharu tertinggi dengan 441 kes dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 93,309 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 15,563 kes.