Pejabat KWSP diserbu kerana i-Sinar

Iklan
Orang ramai hadir ke pejabat KWSP dengan mematuhi SOP.

KUALA TERENGGANU - Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini diserbu orang ramai bagi urusan permohonan pengeluaran i-Sinar yang mula dibuka kepada orang ramai bermula pada Isnin.

Walaupun permohonan tersebut boleh dibuat secara dalam talian, namun orang ramai tetap mengunjungi pejabat KWSP untuk urusan pendaftaran i-Akaun dan mendapatkan penjelasan mengenai kekeliruan berhubung i-Sinar.

Iklan
Iklan

Sehingga jam 2 petang, hampir 1,000 pencarum hadir namun kehadiran mereka terkawal dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakkan fizikal bagi mengekang penularan Covid-19.

Seorang pencarum, Nur Ain Chi Hashim, 33, dari Kuala Berang, Hulu Terengganu berkata, dia datang ke pejabat KWSP pada jam 2 petang bagi urusan pendaftaran i-Akaun dan permohonan pengeluaran i-Sinar selepas pendapatannya terjejas 80 peratus.

NUR AIN

Iklan

Dia yang mengusahakan butik pengantin berkata, pandemik Covid-19 menyebabkan tempahan pakej perkahwinan dibatalkan sekali gus memberi kesan kepada perbelanjaan harian.

"Saya tidak akan keluarkan jika tidak terdesak. Memang pendapatan terjejas teruk dan i-Sinar ini boleh digunakan untuk belanja harian dan bayaran komitmen bulanan," katanya yang mempunyai empat orang anak.

Iklan

Seorang lagi pencarum, Yusri Mohd, 27, dari Marang pula memohon pengeluaran i-Sinar bagi menampung keperluan harian selepas pendapatannya terjejas akibat Covid-19.

YUSRI MOHD

Pembantu juruukur sebuah syarikat swasta itu berkata, gaji bulanannya dipotong separuh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ia memberi kesan kepada dia sekeluarga.

"Saya sedar KWSP adalah simpanan untuk kegunaan masa tua nanti tapi saya terpaksa keluarkan untuk bayar sewa rumah, makan harian dan komitmen lain," katanya.