Ada petugas kesihatan bergejala hadir bertugas

Iklan
Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan terdapat petugas kesihatan termasuk pegawai perubatan yang bergejala hadir bertugas di hospital.

Berikutan itu, katanya, ia menyebabkan berlaku jangkitan Covid-19 dalam kalangan petugas yang lain.

Iklan
Iklan

"Jika bergejala, mereka tidak sepatutnya hadir bertugas," katanya.

Malah, katanya, ada juga dalam kalangan mereka tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Iklan

"Ada yang tidak memakai pelitup muka dan pakaian perlindungan diri (PPE) ketika bertugas," katanya pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sikap mengambil mudah itu telah memakan diri sehingga wujud kluster Covid-19 berkaitan hospital.

Iklan

"Contohnya kita telah mengenal pasti dua kluster di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) iaitu Kluster Batu 9 dan Kluster Yayasan," katanya.

Beliau berkata, KKM sentiasa memaklumkan dan mengingatkan bahawa setiap individu termasuk petugas kesihatan perlu mematuhi SOP.

Jumaat lalu, jururawat dilaporkan yang tertinggi dijangkiti wabak Covid-19 dengan 690 kes diikuti pegawai perubatan sebanyak 211 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: 50 petugas HTAR dijangkiti Covid-19

[DIKEMASKINI] 43 petugas kesihatan, perubatan positif Covid-19

Cuepacs bantah tindakan disiplin petugas KKM gagal patuhi SOP