PUTRAJAYA - Semua majikan diwajibkan untuk memastikan pekerja asing yang digajikan mereka menjalani ujian saringan Covid-19 bermula 1 Januari 2021 bagi menangani penularan pandemik itu.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, kos bagi ujian saringan itu akan ditanggung oleh majikan.
"Bagaimanapun, bagi pekerja asing yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), ujian saringan boleh dibuat di klinik-klinik yang telah dilantik oleh Perkeso," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Fi bagi Ujian Pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 dijangka dikuatkuasakan dalam masa terdekat dan mana-mana majikan yang gagal mematuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan sewajarnya. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Majikan perlu main peranan tangani penularan Covid-19: Dr Noor Hisham
Covid-19: Majikan, pekerja perlu patuhi SOP untuk putuskan jangkitan
Covid-19: Majikan degil tidak saring pekerja asing
Kecuaian majikan punca pertambahan kluster