Dua beradik TUDM terlibat nahas, satu maut

Iklan
Anggota bomba membantu megeluarkan mangsa.

TAPAH - Dua anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terlibat nahas jalan raya selepas Proton Saga FLX yang dinaiki mereka terbabas di KM319.6 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, hari ini.

Pasangan adik beradik, Laskar Udara I Mohd Amin Zulkeflee, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala abangnya Laskar Udara II Mohd Saifullah Shafaiz Zulkeflee, 25, mengalami kecederaan di bahagian muka.

Iklan
Iklan

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 petang hari ini.

Keadaan kenderaan yang dinaiki pasangan adik beradik ini.

Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kedua-dua mangsa dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

Iklan

"Sampai di tempat kejadian, dipercayai kenderaan yang dinaiki mereka telah berpusing dan terbalik sebelum terbabas memasuki longkang di kiri lebuh raya.

"Pemandu, Mohd Amin mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpangnya telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Tapah,” katanya.

Iklan

Mayat mangsa turut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.