Nahas jalan raya, hilang tiga anak serentak

Iklan
Mohd Asri menunjukkan gambar tiga anaknya yang maut dalam kemalangan di Bukit Tuku.

KOTA BHARU - Seorang bapa terduduk selepas melihat mayat dua anaknya ditutupi kain sementara seorang lagi dalam keadaan nazak dekat kereta yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Bukit Tuku, jam 1 petang tadi.

Mohd Asri Zakaria, 54, berkata, dia tidak menyangka akan kehilangan tiga daripada enam anaknya secara serentak.

Iklan
Iklan

Lemah tubuhnya untuk menerima hakikat kehilangan itu kerana baru sahaja berbual dengan ketiga-tiga anaknya itu.

Fatin Anira (kiri), Anis Suraya dan Haifa Amira (kanan).

Tanpa mengesyaki sebarang perubahan sikap tiga anak perempuannya itu, dia bertolak ke tempat kerja di kedai runcit dekat sini seperti biasa.

Iklan

Sehinggalah dia dihubungi penduduk, memaklumkan kereta Perodua Myvi yang dipandu anak sulungnya, Fatin Arina Mohd Asri, 23, bertembung dengan sebuah kereta Proton Wira.

"Fatin Arina dalam perjalanan mengambil ibu saudara mereka untuk dibawa ke hospital, mungkin lepas lihat dua kakak menaiki kereta, anak bongsu saya nak ikut juga.

Iklan

"Saya tak salahkan ibu saudara mereka, sudah takdir tiga anak saya pergi meninggalkan kami serentak,” katanya, selepas ditemui di Unit Forensik Hospital Pasir Mas.

Mohd Asri kehilangan anak sulungnya, Fatin Arina, Haifa Amira dan yang bongsu Anis Suraya berusia 10 tahun.

Redha dengan ketentuan ini biarpun sukar menerimanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik maut, dua parah