Kerosakan Akibat Banjir

Iklan
Sejumlah barangan keperluan rumah seperti almari, tilam dan meja yang rosak akibat banjir dilonggokkan ketika tinjauan di Perumahan Rakyat Teluk Kalong, Kemaman. Perumahan tersebut mempunyai 400 rumah merupakan kawasan paling teruk terjejas banjir kali ini, melibatkan hampir 2,000 mangsa yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan Teluk Kalong, Kolej Universiti TATI dan Pusat Latihan Darul Iman (DITC). Rata-rata penduduk di kawasan perumahan itu tidak sempat untuk menyelamatkan barangan mereka berikutan air naik mendadak pada Jumaat lepas meskipun terdapat barangan diletakkan di tempat tinggi. - Foto Bernama