Kemenangan pulih semangat chelsea

Iklan
Pemain Chelsea meraikan jaringan (dua, kiri) pada aksi menentang West Ham United.

PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard memuji karakter dan komitmen yang dipamerkan pemainnya untuk melakar kemenangan ke atas West Ham United 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Stamford Bridge awal pagi ini.

Menurutnya, para pemain mempamerkan persembahan yang berbeza dan jauh lebih baik berbanding ketika tewas kepada Everton dan Wolverhampton Wanderes sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Perlawanan ini sangat sukar. Kami bermula dengan sangat baik, namun pada babak kedua di mana kami tidak mendapat bola dan seolah-olah berhenti bermain.

"Bagaimanapun, pemain gantian Mateo Kovacic masuk dan membuatkan kami bertambah baik. Saya gembira apabila memperoleh gol kedua dan ketiga.

Iklan

"Pasukan seperti West Ham boleh memberikan masalah kepada setiap pasukan jika leka. Saya fikir ada beberapa perkara yang baik dalam perlawanan ini dan bahagian terbaik adalah pemain yang berjaya bangkit daripada dua kekalahan lalu," katanya.

Dalam perlawanan itu, pertahanan Chelsea Thiago Silva membuka tirai jaringan pada minit ke-10 dan The Blues memastikan tiga mata penuh menerusi gol Tammy Abraham pada minit ke-78 dan 80.

Iklan

Dalam masa sama, Lampard mengakui kemenangan itu memulihkan semangat dan keyakinan para pemainnya untuk kembali mencabar kedudukan teratas liga.

"Saingan liga musim ini kelihatan sangat berbeza berbanding musim-musim yang lepas. Ia sangat sukar dengan sasaran dan dengan skuad yang kami ada.

"Jika anda menang, atau tidak kalah untuk masa yang lama, maka semuanya berjalan lancar. Namun, anda akan menghadapi kesukaran sekiranya kalah beberapa perlawanan.

"Sudah tentu kemenangan ini akan membantu keyakinan pemain.Kami menderita di Wolves kerana gagal menampilkan persembahan yang bagus dalam perlawanan yang sukar. Hari ini, kami turut mengharungi perlawanan yang sukar, namun berjaya menang," katanya.