RANTAU PANJANG - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa melawat dan meninjau keadaan mangsa banjir di sekitar Rantau Panjang yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi di sini pada Selasa.
Dalam lawatan berkenaan, Muhyiddin yang merupakan Ahli Parlimen Pagoh turut menyampaikan kit bantuan kepada mangsa banjir di PPS tersebut.
Selain itu, beliau turut membuat tinjauan di kawasan sekitar untuk melihat kemudahan yang disediakan kepada mangsa banjir.
Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan barisan kepimpinan tertinggi negeri serta Ketua Pengarah Agensi Bencana Negara (Nadma), Datuk Dr Aminuddin Hassim.
Terdahulu Muhyiddin tiba jam 10 pagi dengan menaiki helikopter dari Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Gong Kedak, Jertih.
Muhyiddin meluangkan masa hampir satu jam di PPS SK Gual Tinggi sebelum berangkat ke Terengganu.
Sementara itu, seorang mangsa banjir, Aminah Abdullah, 60, terharu dan teruja menerima kunjungan daripada pemimpin nombor satu negara itu.
"Ini kali pertama saya bertemu dengan beliau sejak bergelar Perdana Menteri," katanya.
Menurutnya, sebelum ini dia hanya melihat Perdana Menteri menerusi televisyen sahaja.
Katanya, dia sangat gembira sehingga sukar berkata-kata ketika berbual-bual dengan Perdana Menteri.