Pendaki cedera diusung turun dari puncak Kinabalu

Iklan
Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Seorang pendaki terpaksa diusung turun dari puncak Gunung Kinabalu selepas tergelincir dan mengalami kecederaan di kaki ketika berada di puncak gunung berkenaan pagi tadi.

Dorothy Junie John Nuing, 42, dibawa turun menggunakan pengusung oleh pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (Mosar) dan anggota bomba dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, balai bomba Ranau menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.10 pagi.

"Dua anggota bersama lima anggita Mosar telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan operasi tamat jam 3.40 petang tadi," kata kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu anggota penyelamat mengangkat mangsa dengan dua kaedah iaitu"piggy back carry” hingga ke Rockface, sebelum mengusung mangsa menggunakan kaedah"robinson stretcher” sehingga ke Timpohon Gate. - Bernama