Deruman jentera MotoGP gegar Sepang

Iklan
Jentera Mission Winnow Ducati milik Andrea Dovizioso diperiksa sebelum memulakan sesi Ujian Musim Sejuk Pramusim MotoGP 2019 di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. -- Foto Bernama
PEMINAT MotoGP tempatan boleh menyaksikan sesi ujian pramusim itu secara percuma apabila seramai 25 pelumba termasuk pemandu ujian, memulakan sesi ujian pramusim pertama mereka di Litar Antarabangsa Sepang selama tiga bermula hari ini.

Pelumba kembali beraksi di pentas ujian dengan jentera masing-masing selepas dua bulan tamatnya musim Kejuaraan Motosikal Dunia 2018 disusuli dengan satu lagi sesi di Litar Losail pada 23 hingga 25 Februari depan.

Perlumbaan MotoGP Dunia sebanyak 19 pusingan akan bermula di Grand Prix Qatar juga di Litar Losail pada 10 Mac ini dan Litar Sepang akan menjadi tuan rumah untuk pusingan ke-18 pada 3 November depan.

Iklan
Iklan

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina, promoter perlumbaan permotoran negara, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC) menghangatkan lagi suasana di litar dengan persembahan tarian singa di kawasan Paddock litar berkenaan. - Bernama