RM3 bilion untuk 10 juta dos vaksin Covid-19 tidak benar: MOSTI

Iklan
Kerajaan baru sahaja menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal Astra Zeneca bagi perolehan sebanyak 6.4 juta dos atau tambahan sebanyak 10 peratus lagi.

PUTRAJAYA - Tuduhan di laman sosial bahawa kerajaan telah membayar RM3 bilion untuk pembelian 10 juta dos vaksin Covid-19 adalah tidak benar, kata Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

MOSTI menjelaskan, seperti yang telah diumumkan sebelum ini, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM3 bilion bagi bagi perolehan vaksin sehingga 70 peratus populasi negara atau 22.4 juta orang.

Iklan
Iklan

Perkara itu, menurut MOSTI telah dijawab dan dijelaskan oleh Menterinya Khairy Jamaluddin, beberapa kali pada persidangan Dewan Rakyat lepas.

MOSTI dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan, melalui kesemua rundingan dan perjanjian yang telah dan akan dimeterai buat masa ini, kerajaan akan membelanjakan sejumlah AS$504.4 juta iaitu kira-kira RM2.05 bilion.

Iklan

Menurut MOSTI, kerajaan baru sahaja menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal Astra Zeneca bagi perolehan sebanyak 6.4 juta dos atau tambahan sebanyak 10 peratus lagi.

"Ini bermakna jaminan bekalan vaksin sebanyak 40 peratus yang telahpun diperolehi menerusi perjanjian bersama fasiliti COVAX, syarikat Pfizer dan syarikat AstraZeneca,” katanya.

Iklan

MOSTI berkata, kerajaan juga sedang dalam proses rundingan akhir dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya, bagi mendapatkan jaminan bekalan vaksin bertambah melebihi 80 peratus jumlah populasi negara atau 26.5 juta.

"Jumlah 80 peratus ini adalah melebihi sasaran awal iaitu untuk memberikan vaksin kepada 70 peratus rakyat Malaysia,” menurut kenyataan MOSTI itu.

MOSTI sehubungan itu meminta agar orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya membuat dan menyebarkan maklumat tidak sahih dan palsu, tanpa merujuk kepada kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

"MOSTI tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang, ke atas sebarang kenyataan yang tidak berasas serta tidak benar yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai,” menurut kenyataan itu lagi. - Bernama