'Chimney Walking Trail'

Iklan
Seorang pengunjung menikmati pemandangan menarik di tebing batu ketika menyusuri 'Chimney Walking Trail' Tanjung Kubong, Labuan baru-baru ini. Laluan denai 'Chimney Walking Trail' ini sememangnya menyajikan pemandangan unik dan menarik, mampu menjadi salah satu tarikan baharu pelancongan-eko kepada pengunjung tempatan mahupun pelancong luar negara. Hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 yang bermatlamat menjamin kelangsungan industri pelancongan negara serta kembali menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terpilih di peringkat global. - Foto Bernama