Tergamak biar anak tinggal rangka

Iklan
Budak terbabit tidak diberi makan hingga beratnya hanya tinggal 7 kg.

UKRAINE - KIEV. Seorang bapa tergamak membiarkan anak lelakinya berusia empat tahun kebuluran kerana menyangka ia bukan zuriatnya.

Perbuatan kejam bapanya terbongkar selepas budak malang itu, Vladik Molchenko diselamatkan pekerja sosial di bandar kecil Novoukrainka, wilayah Kirovohrad Oblast di tengah Ukraine.

Iklan
Iklan

Kanak-kanak seberat 7 kilogram (kg) itu ditemui berlumuran najisnya sendiri di dalam kurungan kayu.

Lelaki terbabit, Aleksandr Molchenko bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup selepas penyiasat mendapati budak tersebut sengaja dibiarkan kebuluran.

Iklan

"Suspek mendakwa kanak-kanak itu bukan anak kandungnya dan cuba biarkannya mati kebuluran. Molchenko mengesyaki isterinya, Natalia mempunyai hubungan dengan lelaki lain hingga melahirkan Vladik," kata jurucakap pejabat pendakwa raya, Vitaliy Dolug.

Tetapi, ujian DNA menunjukkan Molchenko adalah bapa kandung kanak-kanak berkenaan.

Iklan

Susulan itu, dia telah berdepan dakwaan cubaan membunuh manakala isterinya yang tidak berbuat apa-apa untuk membantu anaknya telah dituduh terlibat cubaan membunuh dan dikenakan tahanan rumah.

Difahamkan, Vladik dan tiga kakaknya telah dihantar ke rumah anak yatim. - The Sun