SEHARI selepas Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan Danial Amier Norhisham sebagai pemain baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), skuad Harimau Selatan itu mengumumkan seorang lagi pemain baharu.
Menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam Facebook Johor Southern Tigers, mereka melamar pemain dari Indonesia, Syahrian Abimanyu, untuk menjadi keluarga pasukan tersebut yang pernah menjadi juara tujuh kali Liga Super.