Ahmad Faizal boleh terus terajui PAFA

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan hasrat Ahmad Faizal untuk melepaskan jawatannya dalam PAFA.

IPOH - Kerajaan Perak tidak ada halangan untuk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terus menerajui Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, PAFA mempunyai organisasi dan pengurusan sendiri dalam menentukan hala tuju sukan bola sepak di negeri ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebarang keputusan mengenai pembelian pemain mahupun perancangan pasukan adalah hak persatuan dan kerajaan negeri tidak akan campur tangan.

"Terpulang kepada beliau (Ahmad Faizal) sama ada untuk terus bersama PAFA atau sebaliknya dan kita sendiri pun tidak menamakan sebarang pengganti kerana yang penting pasukan Perak bersedia mengharungi liga musim depan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya akan letak jawatan'

"Sukan bola sepak ini merupakan yang cukup rapat dengan rakyat dan kita di peringkat kerajaan negeri hanya mahu memastikan pasukan dalam keadaan baik," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Penyerahan Insentif Pengupayaan, Pemerkasaan Persatuan Belia dan Persediaan Kontinjen Para Sukma Negeri Perak di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Rabu.

Iklan

Hadir menyempurnakan majlis tersebut, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Sebelum ini, Ahmad Faizal mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Presiden PAFA selepas tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak.