Bekas ADUN Kota meninggal dunia

Iklan
Datuk Dahalan Aman

REMBAU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Dahalan Aman meninggal dunia berikutan mengalami pendarahan otak di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban pagi Rabu.

Perkara itu disahkan anak kelapannya, Amran Dahalan, 53, yang memaklumkan bahawa bapanya yang berusia 91 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.50 pagi.

Iklan
Iklan

"Sebelum ini ayah terjatuh di rumah pada Jumaat lepas dan dikejarkan ke Hospital Rembau untuk rawatan lanjut.

"Akibat kejadian itu ayah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dipindahkan ke HTJ. Bagaimana pun, ayah disahkan meninggal dunia pagi tadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Katanya, jenazah disembahyangkan di kediamannya di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bongek selepas solat Asar.

Terdahulu, Dahalan menjadi ADUN Kota selama tiga penggal sejak 1969 hingga 1982.

Iklan

Beliau yang juga veteran UMNO telah menyertai UMNO pada tahun 1950-an dan pernah menjadi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Negeri Sembilan Selatan pada tahun 1970-an.